Skip to main content

Bola Sepak

Dua jurulatih terkemuka kembali ke Liga Super?

LigaM

Dua jurulatih dengan pengalaman luas bakal kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas enam tahun meninggalkan Malaysia, difahamkan bekas jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, akan kembali ke Liga Super bagi menempuh cabaran baharu bersama kelab tertentu.

Usai meninggalkan The Bos Gaurus pada 2020, pengendali berusia 60 tahun itu tidak memiliki kelab sehingga kini.

Reputasi selaku juara Piala Malaysia 2018 bersama Perak menewaskan Terengganu dalam finak dramatik menjadi kekuatan Durakovic menjelang musim hadapan.

Satu lagi nama besar iaitu bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk Dollah Salleh, dilaporkan berada dalam radar sebuah pasukan.

Dollah Salleh yang pernah menerajui Sri Pahang dan Selangor sebelum ini antara watak lama yang dijangka kembali ke kancah tertinggi tempatan, namun tidak didedahkan kelab manakah akan menandatangani dirinya.

Setakat ini kedua-dua berita tersebut masih di peringkat khabar angin dan belum ada kenyataan rasmi setakat ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video