Skip to main content

Lawan Pedang

Festival Lawan Pedang NS Matrix: Atlet luara negara rancakkan saingan

Festival Lawan Pedang NS Matrix: Atlet luara negara rancakkan saingan

Kehadiran atlet antarabangsa dari Hong Kong dan Singapura dalam Festival Lawan Pedang NS Matrix menjadi nilai tambah penting buat atlet muda tempatan untuk merasai sendiri intensiti pertandingan bertaraf antarabangsa.

Penyertaan atlet luar itu dilihat sebagai platform terbaik untuk menguji kemampuan sebenar atlet negara, selain membantu meningkatkan keyakinan dan menyesuaikan diri dengan rentak serta gaya perlawanan yang berbeza di peringkat lebih tinggi.

Pendedahan seperti ini dianggap penting dalam proses pembangunan atlet muda, khususnya dalam membentuk ketahanan mental serta kemampuan membuat keputusan ketika berdepan tekanan pertandingan kompetitif.

Dalam masa sama, kejohanan tersebut turut dijadikan medan ujian terakhir buat skuad lawan pedang Negeri Sembilan dalam usaha memantapkan persiapan menghadapi SUKMA Selangor 2026 yang dijadual berlangsung Ogos depan.

Barisan atlet dan jurulatih berharap pengalaman berdepan pencabar antarabangsa mampu membantu pasukan tampil lebih bersedia untuk bersaing memburu kejayaan di temasya sukan terbesar negara itu.

Must Watch Video