Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), Thana Chaiprasit, meletakkan jawatan susulan kegagalan pasukan lelaki negara itu mencapai sasaran pingat emas dalam Sukan SEA Thailand 2025, Disember lalu.
Satu pencapaian mengecewakan apabila gergasi sepak takraw dunia itu gagal memenangi pingat emas dalam semua kategori dalam tempoh 34 tahun kejohanan dwitahunan itu.
Advertisement
“Kegagalan pasukan lelaki mempertahankan gelaran adalah sesuatu yang sukar diterima.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan memilih untuk berundur bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu menerajui persatuan,” katanya.
Malaysia merangkul dua pingat emas menerusi acara regu berpasukan dan regu lelaki.