Saingan hari terakhir Kejohanan Menembak Selangor yang menjadi pemanas badan tahun baru bagi jaguh air rifle kebangsan, Haritz Iklil dan Stella Gan, selepas mengungguli saingan berpasangan campuran.
Haritz dan Stella yang tampil dengan aksi membanggakan di Sukan SEA Thailand tempoh hari, dengan meletakkan misi utama 2026 untuk melayakkan diri ke Sukan Asia terlebih dahulu, sebelum menggegar Jepun pada September nanti.
Advertisement
"Saya cuba untuk layak ke Sukan Olimpik 2028, itu matlamat saya. Tahun ini saya akan cuba layak ke pusingan akhir Piala Asia kerana sebelum ini tidak Berjaya," kata Haritz.
"Saya harap saya mampu layak ke Sukan Asia dan mara ke final untuk butirkan pingat," tambah Stella.
Nada yang sama disuarakan jaguh air pistol kebangsaan, Johnathan Wong, yang turut mengungguli saingan berpasangan campuran bersama Joseline Cheah.
Bagi Johnathan sendiri, musim 2026 akan menjadi tahun yang sibuk, bukan sahaja Sukan Asia Nagoya, malah kejohanan yang menawarkan mata ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang akan disertainya nanti.
"Semestinya lepas Sukan SEA ada harapan pada Sukan Asia, walaupun ini kejohanan selepas Sukan SEA, saya rasa kami masih baru memandangkan ada cuti.
"Saya juga ada melakukan pertukaran senjata api baru, jadi akan ambil masa. Setakat ini ada Piala Dunia, ada kejohana lain-lain juga.
"Saya harap persiapan kami ke Sukan Asia lebih mantap tahun ini. Saya harap dalam tahun ini atau tahun depan saya mampu dapatkan tempat ke Los Angeles." tambah Jonathan.