Giliran seorang lagu badang negara, Mohamad Syahmi Nor Ghazali, menghadiahkan pingat emas keenam buat kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC) malam tadi.
Penampilan sulungnya menyaksikan dia melakukan angkatan keseluruhan 347 kilogram (kg) dalam kategori 94kg menewaskan wakil Kanada, Alex Bellemarre, dan atlet Australia, Oliver Riley Saxton.
Sebelum ini, empat lagi emas hadir daripada kem angkat berat negara yang cemerlang menerusi Hafizuddin Roslin, Aniq Kasdan, Aznil Bidin, dan Erry Hidayat.
Setakat ini, Malaysia sudah mengumpul enam pingat emas, dua perak dan tiga gangsa untuk berada di tangga keenam kedudukan keseluruhan temasya.