Pelumba berbasikal trek negara, Lau New Joe, dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan ketika pusingan akhir acara scratch 10 kilometer (km) lelaki di Velodrom Sir Chris Hoy malam tadi.
New Joe yang pertama kali membuat penampilan di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu antara sembilan pelumba yang terjatuh dan mengalami kecederaan sebelum diusung dan dibawa ke hospital.