One Championship menerusi laman Instagram baru-baru ini berkongsikan momen mencuri tumpuan jaguh muay thai dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon, ketika bermain bola sepak.
Dalam video yang tular itu menyaksikan Rodtang dijatuhkan pemain lawan lalu tidak berpuas hati terhadap pengadil, susulan tindakannya itu pengadil yang meluru ke arahnya tidak memberikan sebarang layangan kad kuning, sebaliknya mengeluarkan telefon bimbit untuk berswafoto bersama Rodtang.
Momen gelagat yang mencuri tumpuan itu meraih lebih 26 ribu jumlah tanda suka dengan kapsyen "Pengadil juga tidak mahu cari pasal dengan Rodtang".
Untuk rekod, Rodtang mengesahkan penyertaannya dalam One Championship selepas menandatangani kontrak baharu bersama organisasi seni bela diri terbesar dunia itu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.
Rodtang mencuri perhatian ramai sebelum ini apabila menumbangkan sensasi Jepun, Takeru Segawa, dalam masa hanya 80 saat pada ONE 172 pada Mac 2025, sebelum tewas menerusi TKO kepada lawan sama dalam aksi ulangan di ONE Samurai 1 pada April lalu.