Satu rakaman yang tular selepas penahanan Tiger Woods atas kes memandu di bawah pengaruh (DUI) mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan peminat, dengan ramai menyifatkannya sebagai “menyayat hati”.
Dalam video tersebut, Woods dilihat dalam keadaan tidak stabil, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadaan fizikal dan mentalnya ketika ini. Reaksi peminat di media sosial jelas penuh simpati, dengan ramai menekankan bahawa isu kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan.
Advertisement
Ungkapan seperti “mental health is real” mula membanjiri ruang komen, menggambarkan kebimbangan terhadap kesejahteraan legenda golf itu, bukan sekadar prestasinya di atas padang.
Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan tentang tekanan besar yang dihadapi atlet elit, terutama figura sebesar Woods yang sekian lama berada di bawah perhatian dunia.
Kini, fokus utama bukan lagi tentang karier — sebaliknya kesihatan dan pemulihan beliau menjadi keutamaan,dengan peminat berharap Woods mampu bangkit semula, bukan sahaja sebagai atlet, tetapi sebagai individu.
🚨 As autoridades da Flórida divulgaram um vídeo da lenda do golfe Tiger Woods após seu acidente de capotamento na semana passada. pic.twitter.com/018PLty24J
— Vox Liberdade (@VoxLiberdade) April 2, 2026