Skip to main content

Permotoran

Hakim Danish bakal miliki tribun khas di GP Malaysia 2026

Hakim Danish bakal miliki tribun khas di GP Malaysia 2026

Pelumba sensasi Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, bakal menerima sokongan istimewa peminat tempatan apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merancang menyediakan tribun khas sempena Grand Prix Malaysia 2026 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata tribun khas itu diwujudkan bagi menghargai pencapaian cemerlang pelumba muda berkenaan selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia bersatu memberikan sokongan kepada Hakim Danish dalam perlumbaan di laman sendiri nanti.

“Insya-Allah kita akan adakan satu tribun khas untuk Hakim Danish. Siapa yang belum lagi beli tiket tunggu, ataupun boleh beli sekarang dan tukar untuk tribun Hakim Danish,” katanya.

“Jarang-jarang kita dapat lihat pada tahun pertama, rookie seperti Hakim Danish dapat merangkul tempat pertama jadi bagi saya satu kejayaan yang sungguh istimewa, kita nak tengok lebih banyak lagi podium datang.”

Menurut Azhan, peminat yang membeli tiket MotoGP boleh menukarkannya kepada tiket tribun khas Hakim Danish apabila jualan bagi seksyen berkenaan dibuka nanti.

Katanya, berdasarkan perancangan awal, tribun khas itu akan ditempatkan di kawasan front straight berhampiran main grandstand, yang menawarkan pandangan hadapan terhadap aksi perlumbaan.

Kejayaan Hakim Danish meraih kemenangan pada musim pertamanya sebagai pelumba rookie menjadi sesuatu yang istimewa dan wajar diraikan peminat permotoran negara.

Untuk itu, Azhan menagih sokongan penuh peminat dan rakyat Malaysia terhadap Hakim Danish selain menaruh keyakinan pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu mampu untuk terus menempa nama mengeggar menggegar arena permotoran dunia.

Hakim Danish pula berkata, “Alhamdulillah, saya pun baru dapat tahu. Terima kasih kepada Encik Shafriman kerana bagi motivasi dan semangat kepada saya untuk berlumba di Sepang pada bulan 10 nanti."
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video