Jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang, terus mempamerkan prestasi memukau dengan mengotakan janjinya untuk memperbaharui rekod kebangsaan yang juga miliknya sendiri.
Kali ini, dia mencatat lontaran sejauh 19.12 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga XXXV Qosanov Memorial 2026 di Kazakhstan, pada Selasa.
Lebih manis, lontaran itu bukan sahaja menghadiahkan pingat perak buat dirinya, malah memadamkan rekod kebangsaan 18.81m yang diciptanya dalam Kejohanan Balingan Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan, Mei lalu.
🚨🚨🚨
TERKINI !!!!
Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang kotakan janji memperbaharui rekod kebangsaan miliknya apabila berjaya melakukan lontaran sejauh 19.12m & raih pingat Perak di Kejohanan Olahraga XXXV Qosanov Memorial 2026, Almaty, Kazakhstan.@ASTROARENA pic.twitter.com/QMWPL2LJL9— karlnunis (@_karlnunis) June 30, 2026
Untuk rekod, catatan 18.81m itu juga sebelum ini telah memecahkan catatan lamanya iaitu 18.78m, yang dilakukan ketika menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA 2025, Bangkok, Thailand.
Pingat emas menjadi milik peserta Georgia, Giorgi Mujaridze (19.99m), manakala gangsa pula diraih alet Kazakhstan, Ivan Ivanov (18.67m).