Dalam kisah meraih gelaran juara berganda Honor of Kings Invitational malam tadi, satu cerita menarik mengenai jungler Nova Esports, Chan Jun Xian, atau lebih dikenali sebagai Kongling akhirnya mengecapi gelaran antarabangsa pertama dalam kariernya dalam musim keempat.
Bagi Kongling, agak lama dia menunggu untuk mendakap kejayaan antarabangsa ini, lantas bersyukur usaha bertahun-tahunnya membuahkan hasil dengan menundukkan wakil Korea Selatan, Nongshim Redforce, 4-0 di Jakarta.
Advertisement
"Saya tunggu dua tahun untuk bergelar juara, sara rasa bangga meraih kejuaraan dunia dan dapat mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Nicholas Ng, meletakkan fokus baru dalam cuba menempatkan diri dalam barisan ke Sukan Asia 2026 demi melunaskan misi yang masih belum tercapai.
"Saya pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2023 dan berharap terpilih lagi kali ini," katanya.
Penerbit permainan Honor of Kings (HOK), Dean Huang, pula mendedahkan pelbagai elemen baru untuk memeriahkan lagi kancah hok secara global.
Salah satunya adalah menaikkan lagi prestij malaysia HOK League, demi mencari lebih ramai pemain berbakat. Ini termasuk usaha ketengahkan budaya tempatan dalam permainan mereka.
Elemen ini juga menarik minat artis besar seperti Afgan Syahreza untuk menjadi sebahagian dari usaha yang dilakukan, termasuklah menyeru semua peminat HOK Malaysia untuk terus mendukung e-sukan.
"Terima kasih kerana menyokong saya selama ini.
"Jumpa lagi peminat Malaysia dalam sebuah konsert pada tahun ini yang akan diumumkan kelak," katanya.