Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Pasukan ranking ke-14 dunia kalahkan Malaysia kali kedua

Hoki

Skuad hoki lelaki negara gagal meneruskan konsistensi apabila tewas besar 1-4 di tangan pasukan ranking ke-14 dunia, Jepun, dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH 2025/26 di Cape Town, Afrika Selatan, awal pagi tadi.

Untuk rekod, pihak lawan mengulangi pencapaian menewaskan The Speedy Tigers selepas kali terakhir pada Mac lalu dalam Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir.

Pemain berpengalaman, Faizal Saari, terlebih dahulu meletakkan Malaysia di hadapan 1-0 menerusi gol padang pada minit ketiga.

Namun, Matahari Terbit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 melalui pukulan sudut penalti Hyota Yamada.

Dan, giliran Kazumasa Matsumoto pula meledak gol sebelum terus menjarakkan kedudukan 3-1 oleh Tsubasa Tanaka dalam babak kedua.

Anak buah Brendon Carolan terpaksa berputih mata tatkala Raiki Fujishima menghadiahkan gol kemenangan buat Jepun selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Selepas ini, pasukan kebangsaan akan bertemu New Zealand pada Selasa ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video