Skip to main content

Sukan Lasak

Hyrox debut, Adli Hafidz bangga dengan pencapaian memberansangkan

adli hyrox.

Peninju negara, Adli Hafidz yang lebih mesra dengan gelaran ‘goldenboy’ mencuri perhatian apabila dilihat menyertai cabaran Hyrox edisi di Singapura baru-baru ini. Kehadiran Adli dalam acara ini buat julung kalinya membuktikan kebolehan dan sisi lain seorang atlet di luar gelanggang tinju, sekaligus meperluas kemampuan fizikal dan mental.

Catatan masa 1 jam 20 minit 41 saat diraih cukup membanggakan untuk first timer yang memilih berlumba dengan mentalnya sendiri dalam cabaran berintensiti tinggi, dengan perkongsian di laman media sosial Instagram — dengan pesanan betapa pentingnya latihan yang mencukupi.

Advertisement

Pelbagai kelebihan, dan manfaat bagi seseorang atlet yang menceburi saingan Hyrox, gabungan larian dan stesen latihan kekuatan yang menguji daya tahan keseluruhan tubuh selain membantu atlet menjadi lebih versatil dan bersedia menghadapi pelbagai situasi dalam sukan  pilihan.

Secara tidak langsung penglibatan Adli boleh menjadi inspirasi kepada atlet lain serta masyatakat umum untuk keluar dari zon selesa.



 

Topik Berkaitan

Must Watch Video