Skip to main content

Bola Sepak

Info Siaran Langsung (Live Streaming) Undian Suku Akhir JDT di Pentas ACLE

jay

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan undian suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Rabu ini.

Sebanyak empat wakil daripada Zon Timur termasuk wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), Buriram United, Machida Zelvia dan Vissel Kobe mengesahkan slot ke suku akhir.

Advertisement

Menerusi pecahan aksi kalah mati, sebanyak lapan pasukan dari zon Asia Barat bakal menjadi antara potensi lawan wakil Malaysia itu di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung secara berpusat di Jeddah, Arab Saudi April ini.

Al-Sadd dan Al-Duhail (Qatar), Shabab Al-Ahli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tractor dari Iran dan tiga pasukan dari Arab Saudi iaitu Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad merupakan pencabar terkuat yang boleh bertemu dengan JDT.

Namun, penentuan itu belum ditentukan ekoran zon Asia Barat terpaksa menangguhkan seketika aksi ACLE ekoran konflik ketegangan melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan l***el.

 

ACLE: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) UNDIAN DI PERINGKAT SUKU AKHIR

Tarikh: 25 Mac 2026 (Rabu)
Saluran: Astro Arena (801)
Masa: Bermula 3 Petang

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
 

Must Watch Video