Perkembangan menarik dalam arena sepak takraw tanah air apabila kapten pasukan kebangsaan, Farhan Adam, hampir pasti menyertai Selangor Pistons bagi saingan musim baharu Liga Sepak Takraw (STL).
Difahamkan rundingan antara kedua-dua pihak kini sudah mencapai kira-kira 80 peratus dan hanya menunggu beberapa perincian akhir sebelum pengumuman rasmi dibuat.
Advertisement
Jika perpindahan dari Johor Tigris itu menjadi kenyataan, kehadiran Farhan dijangka mampu memperkuat lagi barisan Pistons untuk memberi cabaran lebih sengit musim ini.
"Tunggu segala dokumen siap.
"Jiwa saya tetap bersama Selangor walaupun saya bermain di negeri lain sebelum ini.
"Tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor memberi penghargaan kepada saya.
"Saya tidak boleh menafikan perkara itu, jadi saya harus berbakti semula dengan mereka," katanya.
Bersempena peayaan Aidilfitri, tradisi raya yang suatu ketika dahulu begitu meriah dalam kalangan kanak-kanak kini dilihat semakin berbeza.
Aktiviti seperti bermain bunga api, berkunjung dari rumah ke rumah dan berkumpul bersama keluarga besar dikatakan semakin kurang dirasai generasi muda hari ini.
"Saya rasa takbir malam raya dari rumah ke rumah semakin kurang.
"Saya duduk di kawasan bandar agak sukar untuk melihat perkara itu.
"Saya memang suka rendang daging. Saya akan cuba rendang daging di 10 buah rumah," katanya lagi.