Penyerang sensasi Selangor, Chrigor Moraes, mengakui tekanan kian memuncak dalam usaha The Red Giants memburu pentas final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup.
Ini selepas pasukan Lembah Klang itu memperoleh bekalan tipis hasil kemenangan 2-1 ke atas kelab Vietnam, Nam Dinh, dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Petaling jaya semalam.
Advertisement
Melewati musim tanpa trofi, Moraes menegaskan ini merupakan satu-satunya peluang mereka untuk merebut gelaran.
Dalam masa sama, pemain berusia 25 tahun itu sedar akan kesulitan yang akan dihadapi mereka dalam aksi timbal balik di Vietnam tetapi menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia.
"Kami sedar perlawanan ini amat penting buat kami dan kelab ini tetapi kami juga sedar kesukaran dengan tekanan yang kami hadapi sepanjang 10 tahun ini," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kami sentiasa bersatu. Kami memiliki satu lagi perlawanan untuk ke final.
"Ia perlawanan sukar tetapi kami tahu kami mampu melakukannya."