Hangat di media sosial sejak semalam mengenai pengumuman oleh Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) berkenaan penggantungan bintang Selangor Red Giants (SRG), Mark Rusiana, ekoran pelanggaran serius dalam buku peraturan rasmi MPLMY.
Kramm digantung selama tujuh perlawanan berkuat kuasa serta merta.
Advertisement
Siaran media itu menjelaskan pemenang liga domestik itu telah menghantar mesej difahamkan berbaur ugutan kepada seorang atlet e-sukan MPLMY, namun tidak didedahkan bentuk mesej tersebut.
Threads khususnya menjadi medan perbualan peminat tanah air berkenaan isu itu.
Tular juga tangkap layar berkaitan kandungan mesej tersebut, tetapi ia belum disahkan sepenuhnya.
Spekulasi mengenai kedua-dua belah pihak membanjiri media sosial, sekali gus mengganggu sedikit kemeriahan saingan minggu ini.
Malah, Instagram Muhammad Al-Amin Zamri atau dikenali sebagai YE3 turut diserang dengan kecaman hebat. Para peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) disarankan tidak melibatkan keluarga kerana ia adalah sensitif dan boleh meruntuhkan mental.