Skip to main content

Golf

Jubli Perak UMPSA: Program golf bantu pelajar kurang berkemampuan

sddsd

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Yayasan UMPSA bakal menganjurkan Kejohanan Golf Fillah Tuanku Canselor UMPSA, sebuah inisiatif yang bakal menghimpunkan komuniti korporat, agensi kerajaan, industri, alumni dan pencinta sukan golf dalam usaha mengukuhkan hubungan strategik serta memperluaskan jaringan kerjasama universiti dengan pelbagai pihak.

Penganjuran kejohanan yang buat julung kalinya diperkenalkan itu turut diadakan sempena Sambutan Jubli Perak UMPSA yang bakal disambut pada 16 Februari 2027.

"Kami yakin memperoleh sasaran kutipan sebanyak RM5j.

"Bantuan biasiswa diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, khususnya golongan B40.

"Banyak bantuan kewangan kepada pelajar disediakan dan program ini menjadi salah satu tambahan kepada inisiatif Yayasan UMPSA," kata Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung 16 Ogos depan di Sungai Long Golf & Country Club itu dijangka memberi impak positif kepada usaha Yayasan UMPSA bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan pelajar, termasuk penyediaan biasiswa, bantuan kewangan, pembangunan sahsiah serta program kecemerlangan akademik.

"Baginda sendiri bersetuju terbabit dalam program golf ini.

"Dengan sokongan banyak pihak, Insya-Allah dapat menjayakan program ini sempena 20 tahun penubuhan UMPSA," tambah Naib Canselor UMPSA, Dr Yatimah Alias.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video