Skip to main content

Sukan

Kami yakin jurulatih, pemain akan lakukan apa yang perlu untuk layak ke Piala Dunia -- Subahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khm

Menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 di Mesir yang akan dihadapi The Speedy Tigers pada Awal mac, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Sri Subahan Kamal, enggan memberikan kenyataan mengenai nasib barisan kejurulatihan kebangsaan sekiranya tidak berjya melayakkan diri ke Piala Dunia.

Namun, semuanya akan terjawab hanya selepas kempen Piala Dunia berakhir, dengan pihak KHM sendiri meletakkan harapan tinggi dalam melihat Malaysia layak ke Piala Dunia yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Advertisement

"Saya tidak pernah tak yakin dengan jurulatih, saya presiden yang memang akan ambil kira dan sokong jurulatih, pemain.

"Mereka berusaha dengan gigih, jurulatih ada perancangan tersendiri. Mereka baru pulang dari Australia, saya sentiasa positif. Saya yakin Sarjit dan pemain akan beri yang terbaik untuk mara ke Piala Dunia.

"Kami yakin dengan jurulatih dan pemain akan lakukan apa yang perlu untuk mara ke Piala Dunia," katanya.

Dalam pada itu, Subahan juga menekankan mengenai tumpuan kepada pembangunan hoki di Sabah dan Sarawak, dalam mesyuarat agung tahunan ke-71 KHM hari ini.

Bagi Subahan, kos yang terlalu tinggi dihadapi Sabah dan Sarawak untuk menyertai pertandingan kompetitif di semenanjung menjadi masalah utama.

Ia juga memberi kesan kepada sektor pembangunan hoki di sana dengan fokus selepas ini pastinya terhadap mencari lambakan bakat di kedua-dua negeri berkenaan.

"Kami berasakan ada banyak bakat di negeri itu, mungkin Kawasan pedalaman. Mungkin kami akan lihat bagaimana mahu buat kejohanan, mungkin tak boleh meliputi semua tempat tetapi kami cuba adakan lebih.

"Kami akan berbincang dengan NHDP, jika mampu dapat saluran bantuan lebih Kawasan maka kami boleh cungkil bakat.

"Lebih banyak pemain di Sabah belum dikenalpasti," ujarnya.

Hoki 5s juga menjadi antara topik utama apabila persediaan awal untuk memperkasa skuad negara akan disokong sepenuhnya.

Ini termasuk hoki dalam dewan yang mempunyai sasaran yang sama untuk melihat skuad negara cemerlang di kejohanan antarabangsa, dengan Sukan SEA Malaysia 2027 menjadi fokus penting.

"Hoki 5s ini negara nombor dua dunia, belakang Belanda. Sukan SEA juga boleh dilihat kerana kekurangan dana." tambahnya.

 

Must Watch Video