Skip to main content

E-Sukan

Kejohanan Dunia M7: SRG lunas dendam ke atas juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SRG

Wakil negara, Selangor Red Giants (SRG), mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Dunia m7 apabila menewaskan juara dunia Mid Season Cup (MSC) dari Filipina, Team Liquid PH (TLPH) dalam perlawanan Bo3 di Jakarta Indonesia sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, SRG tewas game pertama sebelum bangkit mendominasi dua game berikutnya.

Advertisement

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut wakil negara itu dalam Swiss Stage selepas menewaskan CG Esports dan Team Spirit dalam aksi Bo1 sebelum ini.

Sebagai rekod, SRG tewas 1-4 kepada TLPH dalam grand final MSC 2025 pada Ogos lalu.

 

Must Watch Video