VIETNAM 3 MALAYSIA 1
Vietnam melengkapkan kempen Kumpulan F, kelayakan Piala Asia dengan rekod tanpa kalah setelah membenam Harimau Malaya, 3-1 dalam pertemuan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.
Advertisement
Hasrat Vietnam untuk memadam kekecewaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Jun lalu, mula terbayang sebaik berjaya merobek gawang barisan kendalian Peter Clamovski itu seawal minit keenam menerusi tandukan ketua pasukan, Do Duy Manh.
Situasi serupa berulang pada awal babak kedua dengan penyudah klinikal Nguyen Xuan Son yang menembusi kawalan penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, untuk meletakkan Vietnam di kedudukan lebih selesa 2-1.
Xuan Son kemudian derita Harimau Malaya dengan gol ketiga perlawanan.
Namun, situasi tidak menghalang Malaysia melancarkan serangan sambil skuad Naga Emas beberapa mudah mengucar-ngacirkan benteng negara.
Malaysia berpeluang untuk mengatur kebangkitan setelah pemain naturalisasi negara, Endrik Dos Santos, menyempurnakan sepakan penalti untuk mengurangkan defisit gol 1-3, malah Faisal Halim turut terlepas satu peluang terbuka di penghujung permainan, sekali gus menafikan sebarang ruang kebangkitan pasukan negara menuju wisel penamat.