Skip to main content

Muay Thai

Kini kami dapat tarik nafas lega Sukma diteruskan -- Kem muay thai Selangor dalam momentum terbaik

muay thai

Jurulatih sukan muay thai Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, Ubaidillah Nasri Abd Latif, berasa lega susulan keputusan temasya dwitahunan itu bakal diteruskan selepas segala persiapan telah dilakukan dengan baik.

Ubaidillah mengakui barisan atletnya terkejut dengan titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk meminda temasya itu.

Advertisement

Namun dengan keputusan untuk Sukma diteruskan secara berhemah, ia sekali gus mengaktifkan kembali misi emas skuad muaythai Selangor.

"Alhamdulillah pada mulanya kami terkejut seketika dengan titah Tuanku mengarah MSN menangguhkan dahulu temasya dengan persiapan kami yang hampir sempurna.

 

 

 

"Kini kami dapat menarik nafas lega kerana Sukma dapat diteruskan, terima kasih kepada baginda dan kerajaan Negeri Selangor kerana dapat bertimbang rasa terhadap atlet yang sudah melakukan persiapan bersunggu-sungguh." katanya kepada wartawan Astro Arena.

Dalam pada itu, bagi jaguh muaythai negara yang baru buat kejutan menang di Byon Combat 7 tempoh hari, Ammarul Shafiq Ubaidillah, anggap persiapan pasukan muaythai Sukma Selangor berada di tahap tertinggi.

Ini apabila tiga adiknya juga berada dalam skuad dan Ammarul antara sosok penting dalam mempersiapkan mereka untuk temasya kali ini.

"Semua dalam keadaan baik jadi atau tidak kami sebagai atlet profesional tetap meneruskan latihan seperti biasa kepada sukan ini.

"Bagi saya adik-beradik mempunyai keparan dan berpeluang untuk menyumbangkan pingat emas buat kontinjen Selangir" tambah Ammarul.

 


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video