Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pemain Harimau Malaya dikenali melalui aksi mereka di atas padang. Sorakan, kemenangan dan detik penuh emosi sering menjadi perhatian. Namun di sebalik setiap jersi yang dipakai, tersimpan pelbagai kisah pengorbanan, cabaran dan perjuangan yang jarang diketahui umum.
Bola sepak di Malaysia bukan sekadar permainan. Ia adalah emosi kolektif yang menyatukan keluarga, rakan dan komuniti, terutama ketika Harimau Malaya berjuang membawa nama negara di pentas antarabangsa.
Dalam setiap perlawanan yang mengangkat nama negara, sokongan rakyat Malaysia menjadi nadi yang menghidupkan semangat pasukan. Namun di sebalik sorakan di stadium dan tumpuan di skrin, wujud satu sisi yang jarang benar diceritakan — kisah insan yang memikul harapan negara.

Atas semangat untuk mendekatkan sisi inilah, di bawah inisiatif “Semarakkan Sokongan Bersama WONDA”, Kopi WONDA mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghidupkan semula semangat sokongan terhadap Harimau Malaya sepanjang musim bola sepak antarabangsa ini. Inisiatif ini meraikan bukan sahaja pasukan kebangsaan di atas padang, tetapi juga budaya penyokong Malaysia yang menjadi nadi kepada perjalanan bola sepak negara.
Berteraskan semangat tersebut, Kopi WONDA meneruskan kerjasama bersama Harimau Malaya dengan memperkenalkan “Kisah Disebalik Harimau”, sebuah siri kapsul eksklusif pertama yang mengajak peminat menyelami sisi sebenar pemain Harimau Malaya yang jarang dipertontonkan kepada umum.
Lebih daripada sekadar siri kandungan bola sepak, ia menjadi platform penceritaan yang membawa peminat lebih dekat dengan insan di sebalik lencana di dada — memahami pengorbanan, cabaran dan semangat yang mendorong mereka untuk terus berjuang demi negara.
Diterbitkan bersama Astro Arena, siri lima episod ini membawa penonton melangkaui keputusan perlawanan dan sorotan stadium untuk menyelami kisah yang jarang dikongsikan, sekaligus memberikan perspektif yang lebih dekat tentang kehidupan pemain kebangsaan di luar padang.
Antara kisah yang diketengahkan ialah perjalanan penyerang muda negara, Fergus Tierney, yang membuktikan bahawa semangat mewakili Malaysia tidak mengenal sempadan.

Dilahirkan di Glasgow, Scotland, Fergus membesar di Pulau Pinang dan menganggap Malaysia sebagai tanah airnya sejak kecil. Walaupun berdepan cabaran menyesuaikan diri dalam persekitaran bola sepak tempatan, beliau tidak pernah menjadikan perbezaan budaya atau bahasa sebagai penghalang.
Menyertai JDT II pada usia 18 tahun sebagai pemain termuda pasukan, Fergus gigih memperkukuh penguasaan bahasa Melayunya sehingga kini mampu bertutur dengan fasih seperti anak tempatan.
Impian untuk menyarung jersi Harimau Malaya akhirnya menjadi kenyataan apabila dia dipanggil menyertai skuad Bawah 23 tahun negara pada usia 19 tahun.
Mengimbas detik bersejarah itu, Fergus berkata:
"Saya keluar daripada terowong pemain dan saya lihat keluarga saya bersama semua penyokong pasukan negara, saya rasa hendak menangis menyanyikan lagu Negaraku.”
Selain Fergus, siri ini turut menampilkan kisah-kisah penuh emosi dan inspirasi daripada pemain kebangsaan lain termasuk Syafiq Ahmad yang berkongsi pengalaman berdepan tekanan serta jangkaan tinggi sebagai pemain negara, dan Faisal Halim yang menjadi simbol ketabahan serta kekuatan semangat dalam menghadapi cabaran hidup dan karier.

Melalui kisah-kisah ini, Kopi Wonda ingin mengajak rakyat Malaysia melihat Harimau Malaya dari sudut yang lebih dekat — bukan sekadar sebagai pemain bola sepak, tetapi sebagai insan yang membawa harapan negara dengan penuh pengorbanan, tekanan dan ketabahan. Apabila perjalanan mereka difahami, sokongan tidak lagi bergantung kepada keputusan di atas padang semata-mata, tetapi lahir daripada penghargaan terhadap setiap usaha dan perjuangan di sebaliknya.
Melalui “Kisah Disebalik Harimau”, Kopi Wonda bukan sekadar menyokong perjalanan Harimau Malaya sebagai rakan kerjasama rasmi, tetapi menjadi platform yang menyatukan rakyat Malaysia di belakang pasukan kebangsaan melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang insan di sebalik lencana di dada.
Sebagai simbol kebersamaan itu, Kopi Wonda hadir sebagai sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia - menemani detik sorakan, perbualan dan kebersamaan ketika menyaksikan perlawanan bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia melambangkan semangat yang menyatukan jutaan rakyat Malaysia di sebalik satu laungan, satu kebanggaan dan satu Harimau Malaya.
Bagi menghargai sokongan tidak berbelah bahagi peminat, Kopi Wonda turut menawarkan pelbagai barangan eksklusif edisi terhad untuk dimenangi termasuk jersi bertandatangan pemain dan pemegang kad telefon edisi khas bersama Harimau Malaya.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti "Kisah Disebalik Harimau" di Astro Arena, bermula Sabtu ini pada 7.30 dan 8.30 malam, untuk menyelami sendiri kisah di sebalik jersi Harimau Malaya.
Untuk maklumat lanjut dan peluang memenangi barangan eksklusif Harimau Malaya, ikuti Instagram Kopi Wonda di @wondacoffee.