Satu petisyen ditandatangani lebih 160,000 penyokong menuntut supaya kemenangan Scotland dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 di Stadium Boston, Foxborough, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu disiasat.
Ia, sekali gus menyaksikan Kepulauan Carribean bermula suram selepas layak buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun sejak 1974.
Peminat mendakwa beberapa keputusan pengadil tidak tepat dan mempengaruhi kekalahan negara ke-84 dunia itu. Lantas, mereka mendesak supaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masuk campur dan menyemak semula permainan itu.
'We, supporters of Haiti, lovers of football, and defenders of fair play, are launching this petition to request a thorough review of the refereeing decisions that marred the match between the Haitian national team and Scotland' 👇 pic.twitter.com/F12z8eTomZ
— The Herald (@heraldscotland) June 16, 2026
Tartan Army memperoleh tiga mata penuh hasil jaringan tunggal John McGinn pada minit ke-28 yang menjadi kemenangan pertama dalam Piala Dunia sejak 1990.