Skip to main content

Bola Sepak

Statistik hebat! Ini bakal import terbaru JDT

Medina

Pemain yang memiliki profil besar dan pengalaman luas di Eropah difahamkan bakal menjadi rekrut terbaru Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadapi musim hadapan.

Pernah diturunkan menentang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, Chelsea dan Newcastle United.

Khabar angin mengatakan tonggak kelahiran Columbia, Kevin Medina, difahamkan bakal bergabung dengan Harimau Selatan, malah transfermarkt turut mendedahkan bahawa kelab itu menunjukkan minat terhadap pemain tersebut.

Statistik pertahanan berusia 33 tahun itu menyaksikan dia pernah beraksi dalam tiga kejohanan terbesar Eropah, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan 10 penampilan, Liga Europa (UEL) dan Liga Persidangan Europa (UECL).

Ketika ini, Medina masih mempunyai kontrak bersama kelab Azerbaijan, Qarabag, sehingga pertengahan tahun 2027.

Dengan ketinggian 1.84 meter (m), Medina merekodkan 204 penampilan dan menjaringkan enam gol bersama Qarabag.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung desas-desus itu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video