Skip to main content

Bola Jaring

Klinik NSL cipta sejarah lebih 250 peserta

nurul adha

Klinik Netball Super League (NSL) musim ketiga tahun ini mencipta sejarah apabila lebih 250 peserta di antara usia 15 dan 24 tahun mengambil bahagian di Sekolah Tenby, Ipoh, Perak.

Ketua jurulatih Klinik NSL, Nurul Adha Abu Bakar, berkata penganjuran kali ini menunjukkan inisiatif pembangunan bakat berkenaan semakin kukuh dalam ekosistem bola jaring negara.

Advertisement

"Ini merupakan tahun ketiga Klinik NSL," katanya kepada Astro Arena.

"Tahun ketiga selalunya merupakan tahun matang bagi sesebuah program, jadi saya harapkan semua peserta bersiap sedia kerana mungkin daripada segi pemahaman dan ilmu mengenai sukan ini akan jadi lebih mendalam.

"Kami akan melakukan penambahbaikan daripada klinik lalu, di mana maklumat yang diberikan mungkin lebih terperinci, lebih tepat dan mungkin dapat memberikan lebih bantuan buat setiap peserta."

 

Must Watch Video