Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: Asalkan individu berwibawa, tidak semestinya bekas pemain -- Azlan Johar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Kongres FAM

"Kita perlukan orang yang berwibawa."

Itu hajat juara Pestabola Merdeka 1986, Azlan Johar, yang ingin melihat barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan datang dibarisi individu yang berkemampuan.

Advertisement

Individu terbabit haruslah yang mampu bersuara jika ada apa-apa ketirisan berlaku dan juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang berpotensi.

Ia pastinya membantu FAM melangkah lebih tinggi lagi, tidak kira melalui bekas pemain ataupun tidak.

"Dalam mana-mana (Kita perlukan) individu yang tidak hanya mendiamkan diri.

"Individu yang berilmu tapi tidak menyemarakkan kebangkitan persatuan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kita perlukan seseorang yang pandai pasal bola sepak dan menguruskan persatuan.

"Ia tidak semestinya bekas pemain, individu yang baik dalam syarikat dan (sektor) korporat, ilmu mereka juga boleh majukan bola sepak," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video