"Kami harap pemenang dijadikan contoh buat atlet di peringkat akar umbi untuk terus berusaha"
Satu hari menjelang debaran Anugerah Sukan MSSM-KPM-MILO 2025, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Faizal Sarman, berkongsikan konsep pelaksaan majlis itu antara yang perkara yang mencuri tumpuan dalam penganjuran kali ini.
Ini berikutan akan menyaksikan penglibatan semua atlet yang masih aktif yang pernah memenangi anugerah-anugerah sebelum ini akan turut serta dalam menghadiri majlis anugerah itu esok.
"Anugerah ini diberikan kepada atlet murid yang cemerlang pada 2025, ada 14 anugerah murid dan jurulatih serta guru-guru yang berjaya.
"Tahun ini ada konsep berbeza, kami akan adakan majlis dimana akan dihadiri bekas penerima, ada atlet masih aktif kami jemput bersama untuk memeriahkan majlis anugerah nanti.
"Memang sukan sebahagian daripada sistem pendidikan, sekolah juga berikan tumpuan akan aktiviti kokurikulum, 24 sukan dibawah MSSM sentiasa diberikan keutamaan untuk bangunkan potensi murid," katanya.
Sementara itu, dia juga berkongsikan seramai 32 atlet yang terdiri daripada sekolah sukan kelahiran MSSM telah membawa cabaran negara di temasya Sukan SEA Thailand tahun lalu.
"Kami mengharapkan ibu bapa, jurulatih luar berikan sokongan kepada pembanggunan atlet murid untuk berikan pendedahan untuk mereka cemerlang. MSSM medan lahirkan atlet muda, MSSM sentiasa lahirkan atlet murid. Tahun lepas ada 32 atlet murid di sekolah sukan yang mewakili negara di Sukan SEA Thailand. Kami harap pengiktirafan ini akan jadi pemangkin buat atlet terus cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi." tambahnya.