Skip to main content

Bola Sepak

Lagi desakan Presiden FIFA letak jawatan

Tebas

Presiden LaLiga, Javier Tebas, mahu Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, meletakkan jawatan kerana cadangan memperluas edisi Piala Dunia seterusnya kepada 64 pasukan dengan dakwaan memusnahkan ekosistem bola sepak.

Tebas telah berulang kali mengkritik FIFA mengenai pelbagai kontroversi sepanjang Piala Dunia 2026 itu.

Dalam satu temu bual, Tebas dengan lantang berkata: "Pada pendapat saya, ya, saya rasa masanya sudah tamat."

Infantino berkata pada April lalu bahawa dia akan bertanding untuk penggal keempat sebagai presiden FIFA, dengan undian dijadualkan berlangsung di Maghribi pada 18 Mac tahun depan.

Ditanya mengenai kritikan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Infantino, Tebas juga harus menerima kenyataan bahawa Infantino masih mendapat sokongan ramai.

"Dia tidak sepatutnya kekal, tetapi keadaan semasa sangat memihak kepada dia.

"Tiada calon lain mahu menentang. Inilah sistem yang sedang sakit.

"Saya telah mendengar ramai orang menentang Infantino dengan tidak bersetuju dengan apa yang dia lakukan.

"Tetapi kemudian mereka tidak melakukan apa-apa."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video