Skip to main content

SUKMA

Larian obor inspirasi daripada logo Sukma 2026 diterjemah dalam bentuk fizikal

d

Acara larian obor bersempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan para Sukma Selangor 2026 bermula pada Ahad — 96 hari menjelang penganjuran temasya dwitahunan itu bermula yang dijadualkan pada 15 Ogos nanti.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi hos pertama larian yang dianjurkan bersama program Hari Tanpa Kenderaan Peringkat MBSA.

Advertisement

Lebih menarik lagi, larian obor itu dikendalikan 12 pihak berkuasa tempatan negeri Selangor bagi mempromosi Sukma dan Para Sukma tahun ini.

Pelepasan peserta larian obor disempurnakan Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, yang menyalakan api sebelum menyerahkan obor larian kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zabidah Safar.

Acara larian obor Sukma dan Para Sukma Selangor itu bakal berkelana ke bandar terpilih — seterusnya di Klang pada 24 Mei, disusuli Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Selayang, Ampang Jaya, Kajang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kuala angat dan Sepang selaku penutup pada 9 Ogos depan.

"Obor ini kami dapat inspirasi daripada obor Sukma 2026, jadi kami ambil semangat daripada obor itu dan terjemahkan dalam bentuk fizikal.

"Dan ia dibawa oleh pimpinan komuniti, pegawai kerajaan, dan juga masyarakat yang terlibat dalam program hari ini." katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video