Skip to main content

Maraton

Lebih 15,000 pelari meriahkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2026

Lebih 15,000 pelari meriahkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2026

Edisi kelapan IJM Allianz Duo Highway Challenge sekali lagi membuktikan popularitinya apabila berjaya menghimpunkan lebih 15,000 peserta dari 23 negara, termasuk Malaysia, yang hadir untuk merasai pengalaman unik berlari merentasi dua lebuhraya utama negara.

Penganjuran kali ini turut mengekalkan pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara maraton penuh pertama yang berlangsung di atas lebuhraya tertutup, selain memiliki laluan maraton terpanjang menggunakan lebuhraya tertutup di negara ini.

Selain menawarkan pengalaman berlari yang berbeza, acara tahunan itu terus mengekalkan komitmennya terhadap aspek inklusiviti dengan memberi peluang kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) untuk turut sama mengambil bahagian.

Malah, penganjur turut menyalurkan sumbangan dana kepada komuniti OKU menerusi kerjasama strategik bersama rakan penaja sebagai usaha memperkasa penyertaan golongan berkenaan dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang menyifatkan penganjuran larian unik seperti ini bukan sahaja menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif, malah memberi pengalaman baharu kepada peserta untuk menikmati laluan lebuhraya dalam suasana yang berbeza.

Menurutnya, program seumpama ini turut menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan masyarakat, di samping mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penganjuran acara larian bertaraf antarabangsa yang mampu menarik penyertaan dari seluruh dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video