Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, mengesahkan kelab itu akan menandatangani seorang lagi pemain import yang bakal beraksi di posisi serangan.
Penyerang dari benua Asia yang dijangka tiba di Seremban awal bulan depan itu merupakan pemain asing terakhir yang diikat skuad Jang bagi mengharungi saingan baru yang dijadualkan pada 21 Ogos depan.
Dia turut memaklumkan pihak pengurusan kelab menetapkan sasaran kedudukan lima terbaik buat ketua jurulatih, Daniel Himenez, sekali gus memperbaiki pencapaian musim lalu yang menyaksikan skuad Rusa menamatkan kempen Liga Super di kedudukan ketujuh.
"Kami berada di pertengahan pramusim.
"Kami sudah melalui dua perlawanan ujian dan proses mengikatnya dijangka dimuktamadkan pada awal bulan depan.
"Kami menyasarkan kelompok lima terbaik liga dan separuh akhir untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia.
"Semua pemain kami jelas dengan sasaran ini," katanya di Nadi Arena.