Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Syed Mahadi tabik semangat juang Imigresen

j

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Imigresen FC, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan pasukannya dalam usaha mendaki kedudukan Liga Super musim ini.

Ujarnya, meskipun pasukannya berdepan pelbagai cabaran sepanjang musim termasuk kekangan mendapatkan pemain bagi melengkapkan skuad 2025/2026 selain perubahan venue laman sendiri, 'The Mighty Tigers' tidak pernah menjadikan situasi itu sebagai alasan untuk mengalah sebaliknya terus komited teruskan perjuangan.

Advertisement

Dia percaya kehadiran Imigresen FC di pentas Liga Super bukanlah sekadar pelengkap, sebaliknya sebagai salah sebuah pasukan yang mampu hadirkan cabaran kepada lawan serta mampu mencipta kejutan.

 

 

 

Syed Mahadi turut tegaskan pihak pengurusan Imigresen FC kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan pasukan yang berpengkalan di Kangar, Perlis itu sebagai sebuah pasukan yang disegani pada musim akan datang.

Untuk rekod, kemenangan 3-1 yang diraih ke atas Terengganu di Gong Badak pada Jumaat menyaksikan Imigresen FC kini mengumpul 34 mata selepas harungi 23 perlawanan, sekali gus berpeluang untuk cipta sejarah menamatkan kempen sulung Liga Super mereka di kedudukan lima terbaik.

 

Must Watch Video