Skip to main content

Bola Sepak

Ligue 1: PSG kian hampir bergelar juara kali kelima berturut-turut

PSG.

Paris St Germain (PSG) kini hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Stade Brestois awal pagi tadi.

Pemain simpanan, Desire Doue, muncul wira pasukan apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-82 perlawanan.

Advertisement

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan PSG dengan 73 mata, berkelebihan enam mata di depan pencabar terdekat, Lens, dengan baki dua perlawanan.

Berdasarkan perbezaan gol yang jauh lebih besar, PSG kini hanya memerlukan satu mata dalam aksi menentang Lens pada Rabu ini untuk mengesahkan kejuaraan.

Walaupun Brest kental bertahan sepanjang separuh masa pertama, mereka akhirnya bolos menerusi seranganserangan Doue dari luar kotak penalti untuk PSG mencatatkan kemenangan ke-23 musim ini.

 

Must Watch Video