Skip to main content

E-Sukan

Lima kejuaraan MPLMY belum memadai, Arcadia mahu SRG rampas semula gelaran MSC

srg

Kejayaan menjulang kejuaraan MPLMY musim ke-17 buat kali kelima berturut turut tidak membuatkan Selangor Red Giants (SRG) leka, sebaliknya kini mereka memesang impian lebih besar untuk merampas semula gelaran Mid Season Cup (MSC).

SRG mendominasi penuh aksi Grand Finals di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad apabila mudah membenam Team Vamos dengan keputusan 4-0. Kemenangan itu turut menyaksikan pemain Roamer SRG, Muhammad Qayyum Ariffin (Yums), dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Grand Final hasil persembahan cemerlang sepanjang perlawanan.

Walaupun begitu, jurulatih SRG, Michael Bocardo (Arcadia) percaya pasukannya masih belum mencapai tahap terbaik meskipun terus mencipta sejarah dalam saingan domestic.

“Kami percaya masih ada ruang penambahbaikan selagi kami terus mahukan kejayaan. Kami perlu kekal merendah diri dan terus bekerja keras untuk mendapatakan semula gelaran kamis di MSC” katanya.

Sebagai juara, SRG membawa pulang hadiah wang tunai AS$ 31,900 (RM 128,000), manakala team Vamos meraih AS$18,700 (RM 75,000) selaku naib juara. Kedua dua pasukan turut mengesahkan slot mewakili Malaysia ke MSC yang akan berlangsung sempena Piala Dunia E-Sukan di Paris, Perancis pada Julai depan.

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video