Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Letshanaa singkir Schulz, langkah Jun Hao terhenti

letshanaa

Perseorangan Wanita negara, K. Letshanaa, meneruskan kemaraan ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 selepas menewaskan lawan dari Denmark, Amalie Schulz, di Unifi Arena, sebentar tadi.

Perhitungan berdurasi 56 minit itu menyaksikan Letshanaa terpaksa bekerja keras dalam tiga set pertarungan berdepan lawan di ranking ke-39 dunia itu apabila diheret ke set penentuan sebelum menoktahkan permainan dengan kemenangan 21-13,19-21, 21-15.

 

 

 

Pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Tomoka Miyazaki, menanti wakil negara dalam pusingan 16 esok.

Dalam pada itu, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menempuhi nasib berbeza apabila ditunjukkan jalan keluar oleh lawan dari China, Hu Zhe An, 19-21, dalam permainan yang berlangsung selama hampir satu jam itu.

 

 

Must Watch Video