Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Meledak: Cerita JDT yang takkan berhenti

SSI

JDT 'haram' berhenti! Kejuaraan peringkat tempatan setiap tahun sahaja membuktikan Johor Darul Ta'zim mahu mengekalkan dominasi berterusan. Jadi, dekat mana kita akan nampak kelab Selatan tanah air itu akan berhenti?

Namun, ceritanya di sini berkenaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Sepanjang tahun kita akan menyaksikan angan-angan Harimau Selatan menakluki Asia.

Advertisement

Bermula dengan pencapaian selaku juara Piala AFC pada 2015, segalanya dengan misi, azam dan tekad untuk terus menjadi gergasi bola sepak terkemuka Asia.

Kemenangan agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima merekodkan sejarah baru bukan sahaja buat kelab itu, malah satu-satunya selaku wakil Malaysia ke suku akhir kancah paling berprestij dan tertinggi Asia itu.

Perjalanan yang sukar untuk mengisi kedudukan lapan pasukan terbaik Asia musim ini. Lagi membanggakan, tiga kali skuad kendalian Xisco Munoz tewaskan wakil Jepun.

Ia, keseluruhan membantu mempengaruhi Ranking MA dengan penambahan mata untuk terus meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga-M) di pentas Asia.

Apakah seterusnya buat juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu?

Lawan lebih hebat menanti mereka dari zon Asia Barat. Salah sebuah kelab 'Pak Arab' bakal jadi halangan JDT.

Dengan format secara berpusat di Jeddah, Arab Saudi, mampukah mereka terus melakar sensasi? 

Al-Sadd dan Al-Duhail (Qatar), Shabab Al-Ahli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tractor dari Iran dan tiga pasukan dari Arab Saudi iaitu Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad merupakan pencabar terkuat yang boleh bertemu dengan JDT.

Pelaburan berbaloi apabila menandatangani pemain berpengalaman, tonggak import serta anak tempatan yang jelas menonjolkan kualiti terbaik bersama kelab terbesar Malaysia. Biarpun harga yang mahal namun ia pulangan lumayan. 

Must Watch Video