Skip to main content

Sukan

Meledak: Litar Antarabangsa Sepang kembali anjurkan F1

lll

Berita Formula Satu (F1) kembali diadakan ke litar ikonik di Sepang seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disambut dengan tangan terbuka.

Tanpa perlu fikir dua kali, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mempunyai aura yang tersendiri hingga menggamit pasukan, pelumba dan peminat untuk mengesyorkannya sebagai destinasi gantian dengan perlumbaan akan tetap dirujuk sebagai Grand Prix (GP) Bahrain selepas penganjuran perlumbaan ke-16 tersebut digugat gara-gara konflik bersenjata di Asia Barat -- yang secara tidak langsung melambangkan diplomasi erat di antara Malaysia dan Bahrain.

Bahkan, satu petanda jelas bahawa di sebalik sembilan tahun berlalu, prestij dan legasi SIC masih diangkat sebagai salah sebuah litar yang mencabar keupayaan teknikal pemanduan, malah faktor cuaca juga mampu menjadi ia satu perlumbaan yang sukar diduga.

Dengan kecemerlangan Kimi Antonelli dan George Russell sebagai wakil Mercedes-AMG Petronas F1 Team, perlumbaan kali ini pastinya lebih berseri.

 

 

Satu peluang keemasan buat Malaysia yang sebelum ini tidak melanjutkan F1 sejak 2017 atas sebab kos penganjuran yang makin meningkat dan saingan sengit negara-negara yang berminat sebagai tuan rumah termasuk faktor lima negara Asia.

Empat Oktober depan bakal menjadi hari perlumbaan yang ditunggu-tunggu di Sepang dan GP Singapura akan dilangsungkan seminggu kemudian, maka kesempatan ini seharusnya menjadi satu tarikan dalam kempen Tahun Melawat Malaysia.

Sebagaimana dalam penganjuran edisi 2005, satu gambar legenda F1, Michael Schumacher, sedang bermain bola sepak dengan anak tempatan ketika menikmati percutian singkat di Dungun, Terengganu. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video