Lionel Messi terus kekal sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam Major League Soccer (MLS) apabila menerima gaji asas tahunan sebanyak $25 juta (RM118 juta), lebih dua kali ganda berbanding pemain kedua tertinggi liga.
Angka itu didedahkan oleh Persatuan Pemain MLS susulan lanjutan kontrak Messi bersama Inter Miami pada Oktober lalu.
Advertisement
Secara keseluruhan, kontraknya bernilai $28.3 juta (RM134 juta) termasuk nilai jaminan.
Pemain Los Angeles, Son Heung-min, berada di tangga kedua dengan gaji asas $10.4 juta (RM49 juta) dan nilai jaminan berjumlah $11.2 juta (RM53 juta).
Pendapatan tersebut tidak termasuk hasil penajaan, serta peluang Messi untuk memiliki pegangan dalam Inter Miami yang turut dimiliki David Beckham.
Messi yang menyertai kelab itu pada 2023 telah menjaringkan 59 gol dalam 64 perlawanan liga dan membantu pasukan menjulang Piala MLS 2025.
Bekas bintang Barcelona itu juga muncul penjaring terbanyak liga musim lalu dengan 29 gol serta meraih anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam dua musim penuh setakat ini.
