Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Renang

MIAG edisi ke-61 catat peningkatan penyertaan atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Peningkatan bilangan penyertaan MIAG tanda positif

Kejohanan Renang Malaysia Invitational Age Group yang memasuki edisi ke-61 mencatatkan peningkatan penyertaan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Timbalan Presiden Akuatik Malaysia, Marilyn Chua, percaya peningkatan tahun ini membolehkan pihak pengurusan meninjau lebih ramai calon berpotensi untuk program latihan kebangsaan.

Advertisement

Ia juga berperanan penting dalam memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa, dengan setiap edisi memberikan peluang kepada perenang muda menyesuaikan diri dengan standard global, sambil menyokong pembangunan berterusan skuad kebangsaan.

"Saingan peringkat umur ini membantu setiap perkembangan perenang, kita dapat melihat perkembangan mereka dari satu kejohanan ke satu kejohanan sekaligus menjadi langkah untuk meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan," kata Marilyn menerusi Nadi Arena.
 

Must Watch Video