Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mencipta sensasi apabila dua kali memecah rekod terpantas sepanjang zaman di Litar Brno.
Dia yang pada mulanya mencatat 2:04.938 dalam Latihan bebas 1 kemudian memperbaharuinya 2:04.754 dalam latihan bebas kedua Grand Prix Czech.
Hakim Danish, 18, -- yang memburu podium kedua selepas kejayaan di Litar Mugello, Itali -- mencatat masa 2 minit 04.938 saat untuk mengatasi catatan 2:05.019s yang dilakar Guido Pini tahun lalu.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu turut muncul pelumba tunggang yang mencatat di bawah 2:05s apabila di depan dua pelumba Sepanyol, David Almansa dan Alvaro Carpe.