Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Kakak Cristiano Ronaldo beri pandangan persembahan Portugal

d

Kakak kepada Cristiano Ronaldo mempertikai corak permainan Portugal sendiri yang tidak berupaya untuk memenangi pertemuan dengan Congo, dua hari lalu, hingga mengundang kritikan hebat terhadap peranannya di atas padang.

Portugal dalam situasi sukar selepas seri 1-1 dengan Congo di Stadium Houston yang menyaksikan mereka menguasai 75 peratus permainan dengan 26 sepakan lintang, tapi bintang Al-Nassr tersebut sama sekali tidak menyentuh bola selepas minit ke-66 permainan.

Katie Aveiro, 48 -- yang merupakan seorang penyanyi dikenali sebagai Ronalda -- mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram menganggap anak buah Roberto Martinez kurang kreatif untuk mencipta peluang  lalu kurang menyengat di bahagian depan.

"Ajaibnya, mereka lupa untuk; membuat hantaran, memenangi semula bola dan serangan balas. Perlawanan itu menjadi hantaran ke belakang daripada tengah. Piala Dunia yang aneh. Sangat aneh," katanya di platform media sosial berkenaan. 

 


 

 


Penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel, juga menjurus kepada kesilapan Martinez yang gagal dalam merencanakan taktikal terbaik terhadap skuad yang dalam generasi emas itu.

"Bagaimana anda boleh mengenepikan pemain seperti Joao Felix dan Rafael Leao dan mengekalkan sistem permainan yang tidak menjadi? Portugal mempunyai terlalu ramai bakat di bahagian serangan yang terlalu mudah dibaca dan berhati-hati."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video