Jurulatih Kanada, Jesse Marsch, berkongsikan keadaan semasa Ismael Kone yang sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan patah tulang kaki.
Dia terlibat pelanggaran keras bersama Assim Madibo pada minit ke-50 Ketika pasukannya melakar kemenangan 6-0 menewaskan Qatar di Vancouver, awal pagi tadi.
"Kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan kami dan ramai boleh mendengar bunyi tulangnya patah.
Jesse Marsch says that Qatar’s Assim Madibo came into Canada’s dressing room to apologize to Ismael Koné about the injury.
“The player apologized to Ismael. He came into the dressing room. The team let him know that happened.” #canmnt #qatar #worldcup pic.twitter.com/X3tijYdzeN— Claire Hanna (@clahanna) June 19, 2026
"Saya masih belum bercakap dengan dia, tetapi sekarang Ismale sudah berada di hospital. Dia sedang bersedia untuk menjalani pembedahan." katanya.
Dia turut berkongsikan, Madibo datang ke bilik persalinan untuk membuat permohonan maaf kepada insiden itu.
"Pemain itu memohon maaf kepada Ismael, dia datang ke bilik persalinan." tambahnya.