Menurut media Reuters, penyerang Brazil, Neymar Dos Santos, akan terlepas perlawanan Kejuaraan Brazil bersama Santos menentang Mirassol awal pagi esok kerana masalah otot yang berlarutan, sekali gus memberikan impak besar buat dirinya untuk kembali ke skuad Brazil menjelang Piala Dunia 2026.
Dalam pada itu, Carlo Ancelotti bersama barisan jurulatih sudah melakukan perjalanan bagi menyaksikan perlawanan Santos sekali gus menilai pemain berusia 34 tahun itu namun ketiadaan Neymar bersama Santos pada esok akan menyukarkan penilaian.
Advertisement
Carlo Ancelotti sifatkan dirinya hanya akan memilih pemain yang benar-benar cergas dan mampu memenuhi kriteria.
Pada awalnya, khabar angin bertiup kencang dengan Neymar disenarai awal bersama skuad Brazil menjelang perlawanan persahabatan menentang Perancis dan Croatia pada 26 dan 31 Mac ini.
🚨🇧🇷 Neymar has been included as part of Brazil pre-list for squad to play the last two friendly games ahead of the World Cup.
Final verdict will be in the next days, as @lucas_musetti reports.
Carlo Ancelotti will be in attendance for Santos next game to follow Neymar. 👀 pic.twitter.com/fKaECqZMi0— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 9, 2026
Neymar dijangka akan bersedia bagi perlawanan Ahad ini menentang Corinthians di Vila Belmiro.
Senarai akhir skuad Samba akan diumum pada 16 Mac depan menjelang persahabatan antarabangsa Tier 1.
