Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, tanpa rasa gentar berkongsikan setiap petarung yang mahu berdepannya boleh mengambil giliran selepas menewaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung di pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, sebentar ini.
"Alhamdulilah. Terima kasih Bangkok! Saya berasa sangat baik. Selepas ini bulan Ramadan, semasa Ramadan saya tidak bertarung kerana mahu memberikan fokus 100%.
Advertisement
"Masalah sekarang adalah semua orang seperti mahu berlawan dengan saya. Kebanyakan petarung ini bukan sesiapa dan tidak mempunyai kekuatan. Setiap orang boleh berlawan dengan saya, ambil giliran anda kerana saya tetap akan berada di sini.
"Terima kasih Pusat Latihan Superbon, adik saya juga, saya mahu bertarung dengan adik saya tetapi dalam sukan bola sepak." katanya.
Untuk rekod, Johan yang lebih mesra disapa Jojo itu merekodkan kemenangan kelapan daripada 10 pertarungan sejak Februari 2023.