Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, akan berdepan cabaran baharu apabila dijadualkan menentang petarung Myanmar yang membuat penampilan sulung, Ye Yint Naung, dalam pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand esok.
Perlawanan muay thai kelas flyweight itu diatur selepas lawan asalnya, Sean Climaco, terpaksa menarik diri akibat kecederaan kaki.
Advertisement
Dalam penampilan terakhir pada ONE Fight Night 35, September lalu, Johan meraih kemenangan technical knockout (TKO) pusingan pertama ke atas petarung Maghribi, Zakaria El Jamari.
Untuk rekod, Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym kini mengumpul tujuh kemenangan daripada 10 pertarungan di pentas ONE Championship.-Sinar
SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING ONE FRIDAY FIGHTS 141: JOHAN 'JOJO' GHAZALI VS YE YINT NAUNG
Tarikh: 6 Februari 2026
Saluran: beIN SPORTS 3 CH822
Venue: Stadium Lumpinee
Masa: Bermula 8.00 malam
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!