Dua wakil Malaysia akan berentap dalam ONE Championship malam ini di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, bagi mencari kemenangan seterusnya.
Perlawanan paling mencuri tumpuan menyaksikan jaguh muay thai muda negara, Adam Rakib, akan berentap menentang atlet dari Perancis, Ezco Clarisse, bagi acara strawweight.
Advertisement
Sekiranya dia berjaya menewaskan Clarisse, ia bakal menjadi kemenangan ketiga berturut-turut buat Adam dalam siri ONE.
Sementara bagi Rifdean Masdor, akan beremy Petkiattisak dari Laos untuk atomweight muay thai.
Kebanggaan Malaysia berusia 23 tahun itu hanya merekodkan satu kekalahan dalam enam aksi sebelum ini.
Anda boleh menyaksikan siaran langsung dengan melanggan live.onefc.com