Skip to main content

Bola Sepak

Pahang kembali ke Liga Malaysia?

j

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Fadzli Mohamad Kamal, tidak terkecuali ingin melihat bola sepak Pahang kembali dalam saingan Liga Super.

Bagaimanapun, usaha negeri itu kini memfokuskan kepada pembangunan akar umbi di negeri Pahang terlebih dahulu.

Menurutnya, setiap pembaharuan perlu dimulakan dari peringkat awal sekiranya ingin melihat hasil lumayan.

Penganjuran Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat Pahang diadakan buat kali pertama menempatkan 112 pasukan dari seluruh daerah dan kawasan parlimen negeri Pahang menjadi langkah pertama bagi mengembalikan sokongan peminat terhadap bola sepak negeri itu.


"Selain Liga Bola Sepak Rakyat Pahang, kami merancang untuk membangunkan liga yang khusus untuk pemain berumur 15-19 tahun dan 10-12 tahun untuk mencungkil bakat baru.

"Insya-Allah dalam setahun dua lagi kami dapat menyediakan pasukan untuk negeri Pahang," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan Piala Al-Sultan Abdullah di Stadium Darul Makmur, malam tadi. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video