Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Harimau Malaya menang piala buat kali pertama

Chin

Musim yang takkan dilupakan oleh Richard Chin.

Raith Rovers muncul juara Scottish Challenge Cup selepas menewaskan Inverness Caledonia Thistle dalam final yang berkesudahan 4-1, sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan kelab sejak 2022.

Advertisement

Pemain kelahiran London, England itu juga berjaya memenangi piala buat kali pertama dalam karier profesionalnya dengan sempat beraksi selama 20 minit bagi mempertahankan kelebihan jaringan.

Tonggak berusia 23 tahun itu baru selesai pulih daripada kecederaan dan sedia membantu Rovers meraih pelbagai lagi pencapaian dalam Liga Scotland.

Kali terakhir dia mewakili Harimau Malaya pada tahun lalu dan sempat diturunkan menentang Palestin dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). 

Must Watch Video