Skip to main content

Hoki

Pemain negara diiktiraf selaku Penjaga Gol Terbaik Piala Asia

Jeremy

Tahniah bintang hoki muda negara, Nik Jeremy Haidi Nik Feizal!

Meskipun terlepas meraih pingat gangsa, namun penjaga gol kebangsaan diangkat sebagai Penjaga Gol Terbaik Hoki Piala Asia bawah 18 tahun (B-18) selepas menampilkan persembahan memukau daripada perlawanan pertama.

Berita itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis, menyaksikan pencapaian sulung Nik Jeremy di pentas Asia, dengan harapan terus mengukir nama sekali gus meletakkan harapan mewakili skuad utama The Speedy Tigers suatu hari nanti.

Skuad kendalian Harfizi Baharom itu menamatkan saingan di tempat keempat di Kakamigahara, Jepun semalam.

Walaupun memenangi pertemuan pertama menentang Pakistan dalam aksi awal, namun kem negara terpaksa berputih mata apabila Pakistan bangkit membalas dendam dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat itu.

Malaysia mencipta tiga kemenangan ke atas Singapura (13-0), Pakistan (3-2) dan China (3-0) sepanjang kempen edisi kali ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video